Sabtu, 29 Oktober 2011

kategori pemain bola sepak


  • Sukan bola sepak sudah lama menjadi sukan utama Sukan Asia sejak 1951. ...Sejak 2002, sukan bola sepak kategori lelaki dimainkan oleh ...
    9 KB (610 patah perkataan) - 22:36, 22 Oktober 2011
  • Cukai tanah diturunkan 30 % untuk semua kategori tanah yang ... Menteri Besar Azizan Abdul Razak merupakan bekas pemain bola sepak dan golf ...
    6 KB (850 patah perkataan) - 08:58, 21 April 2010
  • Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman ... Jerman ketika panyatuan Jerman pada 1990, manakala kelab-kelab bola sepak dan para pemain menyertai DFB. ...
    43 KB (4,182 patah perkataan) - 00:22, 17 September 2011
  • Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, ...mempunyai tiga pemenang Pemain Bola Sepak Eropah Tahunan : ...
    45 KB (4,925 patah perkataan) - 03:03, 3 Oktober 2011
  • Sepak takraw (bahagian Pemain)
    Sepak takraw atau sepaktakraw ... dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu ... Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw ...
    4 KB (483 patah perkataan) - 14:47, 16 Oktober 2011
  • Sofbol (pelencongan Bola lisut)
    Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang ... dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) ...
    18 KB (2,432 patah perkataan) - 23:57, 14 Oktober 2011
  • Liga Super Indonesia adalah pertandingan profesional tertinggi bagi kelab-kelabbola sepak di Indonesia . ... Pemain terbaik |! : Tahun! ...
    17 KB (1,527 patah perkataan) - 15:51, 28 Jun 2011
  • Stadium Utama(Majlis Perasmian dan Penutupan, Olahraga, Bola sepak... Pemainhoki padang lelaki Thailand , Surathep Wisawathiron menjadi ...
    20 KB (2,103 patah perkataan) - 09:24, 13 Ogos 2011
  • Aston Villa Football Club merupakan kelab bola sepak profesional yang bermarkas di ... Pemain Skuad semasa: no 1 | nat Ireland | pos GK | name ...
    6 KB (614 patah perkataan) - 14:32, 30 Ogos 2011
  • AFC , yang dimainkan oleh kelab negara-negara ahli Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). ... yang termasuk dalam kategori 'negara membangun' AFC . | ...
    11 KB (1,033 patah perkataan) - 13:16, 31 Julai 2011
  • Inazuma Eleven adalah siri manga sains fiksyen bola sepak oleh Ten'ya Yabuno ...Daripada itu, Endou bertemu pemain dari seluruh tempat ...
    3 KB (331 patah perkataan) - 17:18, 7 Oktober 2011
  • Pasukan itu dipilih ke dalam Liga Bola Sepak pada 1962 , mencapai ... Bekaspemain yang terkenal termasuk pula Ron Atkinson , John Aldridge ...
    42 KB (4,716 patah perkataan) - 04:07, 9 Oktober 2011
  • Dalam bola sepak , pengadil ... menunjukkan bahawa seorang pemain telah ...menyenaraikan nombor-nombor telefon syarikat perniagaan mengikut kategori...
    20 KB (2,308 patah perkataan) - 01:45, 13 September 2011
  • filem 2009 tentang seorang pemain bola sepak Amerika | cerita seram ... salah satu dari harapan yang tersembunyi secara tinggi di bola sepak kolej . ...
    20 KB (2,559 patah perkataan) - 15:18, 23 Ogos 2011
  • Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa... menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri Nicol ...
    74 KB (9,297 patah perkataan) - 02:13, 14 Ogos 2011
  • Konsert sempena acara perlawanan bola sepak antara Westlife dengan ...memperoleh banyak tunjuk ajar daripada pemain sitkom tersebut yang begitu ...
    33 KB (4,454 patah perkataan) - 16:56, 14 Ogos 2011
  • serta para seniman seperti pemain piano Maurizio Pollini dan ... Sukan yang paling diminati ramai tak lain tak bukan bola sepak , diikuti ...
    118 KB (14,235 patah perkataan) - 07:48, 23 Oktober 201

datuk misbun sidek


Misbun Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Misbun Sidek
Malaysiabadminton.jpg
Lukisan dinding Anak-Anak Sidek di Muzium Negara
Maklumat peribadi
Nama singkatan(s)Bun
Nama penuhMohmed Misbun Sidek
Tarikh lahir17 Februari 1960(umur 51)
Tempat lahirBantingSelangor
Perseorangan lelaki
NegaraBendera Malaysia Malaysia
Datuk Mohmed Misbun bin Datuk Haji Mohd Sidek, DMSM (nama singkatan: Bun) (lahir 17 Februari 1960 di Kancung DaratBanting,Selangor) seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima adik beradiknya.
Beliau dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Zaman Kanak-kanak

VISI Datuk Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.
Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton di hadapan rumah mereka di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua tahun kemudian, rutin sama turut dilalui adiknya, Razif dan Jalani setahun kemudian.
Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya, Razif. Razif atau dikenali Mok di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang ponteng latihan, berbanding Misbun dan Jalani yang lebih nakal. Tetapi sejak kategori bawah umur 15 tahun, Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua tahun lebih muda darinya.

[sunting]Karier Awal

PADA usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak kedua daripada lapan beradik itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.
Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.
Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek bermula. Selepas Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya, Razif dan Jalani muncul juara bawah 15 tahun MSSM selepas menewaskan pasangan Negeri Sembilan, Michael Chua dan Lim Jit Eng 15-10, 15-1.
Razif juga unggul dalam acara perseorangan dengan menewaskan pemain Pulau Pinang, Chung Peng Hoong 15-9, 15-3. Misbun menemani bapanya, Datuk Sidek Abdullah Kamar menyaksikan detik bersejarah itu. Misbun bertembung buat pertama kali dengan Razif dalam kategori 18 tahun merebut gelaran Novices Selangor di Dewan SBA, Kampung Attap pada 30 Januari 1977. Pertembungan itu amat dinantikan kerana Misbun adalah juara bawah 18 tahun MSSM manakala Razif unggul dalam kategori bawah 15.
Sesuai dengan statusnya sebagai abang, Misbun menewaskan Razif dalam saingan sengit rubber game 10-15, 15-5, 15-2. Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara. Dia boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain senior ketika itu seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon, Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.

[sunting]Karier

Selepas beberapa tahun menimba pengalaman di pentas antarabangsa, Misbun merangkul kejuaraan pertamanya di Terbuka Jerman diikuti dengan kemenangannya ke atas Liem Swie King di Sukan Sea 1981, selain bergelar juara kebangsaan. Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.
Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas kepada bintang Indonesia, Lim Siew King. Walhal dia ada peluang memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-15, Misbun bangkit untuk menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set penentuan. Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi cemerlang. Dalam laluannya hingga ke final, dia menundukkan pemain terkemuka seperti Luis Pongoh dari Indonesia, Morten Frost Hansen (Denmark) dan Prakash Padukone (India). Pada awal September 1982, ketika persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba mengejutkan pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul naib juara dunia, Misbun juga memenangi Terbuka Sweden dan mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.
Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada, separuh akhir Piala Dunia dan tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia. Bakat, penampilan dan karisma Misbun turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India, Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG). Pengiktirafan itu suatu yang menakjubkan kerana Misbun kini setaraf dengan bintang antarabangsa lain di bawah IMG seperti Bjorn Borg, Jimmy Connors, Jack Nicklaus, Arnold Palmer, Sebastian Coe dan Alberto Salazar.
TAHUN 1984 menyaksikan Misbun Sidek membuat kejutan apabila mengambil keputusan menunaikan haji di Mekah pada usia 24 tahun. Namun pada 30 September 1984, Misbun tiba-tiba sakit akibat kekeringan air dalam badan di Mekah dan ia menggemparkan keluarga serta peminat badminton negara. Misbun pulang ke tanahair pada 4 Oktober 1984. Pada bulan sama, Misbun kembali memegang raket dan mewakili Malaysia ke Terbuka Kanada.
Pada 8 Januari 1985, sejarah tercipta lagi dalam keluarga Sidek. Kali ini, mereka menjadi keluarga terbesar mewakili negara dalam kejohanan luar negara. Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid terpilih kali pertama beraksi bersama di pentas antarabangsa di Terbuka Hong Kong. Maka lengkaplah Sidek Brothers - lima anak lelaki keluarga Sidek.
Apapun, di sebaliknya penampilan peliknya, Misbun masih mampu menyinar di pentas antarabangsa dengan gelaran terakhir dicapai pada 1988 selaku naib juara Piala Thomas, selepas tewas kepada China 4-1. Setahun kemudian, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara. Hatinya masih kuat untuk bermain namun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.

[sunting]Anugerah Datuk

Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih badminton kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada bekas pemain badminton kebangsaan di Istana Melaka.

[sunting]Pencapaian

  • Juara Badminton Kebangsaan Malaysia 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987
  • Juara Terbuka Jerman 1981, 1983
  • Naib juara Piala Dunia 1982
  • Juara Terbuka Sweden 1982, 1983
  • Juara Terbuka Kanada 1983
  • Naib juara Seluruh England 1986
  • Naib juara Terbuka Malaysia 1986
  • Juara Terbuka Singapura 1987
  • Juara Terbuka Taiwan 1987
  • Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki)

Dato Lee Chong Wei


Lee Chong Wei

Daripada 
(Dilencongkan dari Datuk Lee Chong Wei)

Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lee (李).
Datuk Lee Chong Wei
Badminton-lee chong wei.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh李宗伟
Tarikh lahir21 Oktober 1982(umur 29)
Tempat lahirPulau PinangMalaysia
Tinggi1.74 m (5 ka 812 in)
Berat60 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
NegaraBendera Malaysia Malaysia
Tangan
kegemaran
Kanan
JurulatihMisbun Sidek
Ranking tertinggi1 (24 Ogos 2006)
Ranking terkini1 (6 November 2008)
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk Bendera Malaysia Malaysia
Peserta untuk Bendera Malaysia Malaysia
Men's badminton

Olympic Games
Perak2008 BeijingMen's singles

World Championships
Perak2011 LondonMen's Singles
Gangsa2005 AnaheimMen's singles

Asian Games
Perak2010 GuangzhouMen's singles
Gangsa2006 DohaMen's singles
Gangsa2006 DohaTeam

Sudirman Cup
Gangsa2009 GuangzhouTeam

Thomas Cup
Gangsa2010 Kuala LumpurTeam
Gangsa2008 JakartaTeam
Gangsa2006 Sendai/TokyoTeam

Commonwealth Games
Emas2010 DelhiMen's singles
Emas2010 DelhiMixed Team
Emas2006 MelbourneMen's singles
Emas2006 MelbourneMixed Team
Badminton - lelaki
Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas李宗伟Cina Tradisional李宗偉pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town,Pulau Pinang[1]) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[2] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[3]
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008.[4] Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Biografi

[sunting]Kehidupan awal

Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah.[5] Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.[6]

[sunting]Kerjaya

[sunting]2002–2007

Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China.[7]
Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua.[8] Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Duniapertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.[9]
Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai Terbuk Switzerland,[10] Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia[11], di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Macau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac.[12] Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006,[13] lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama[14], tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line callberkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.[15]
Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centreuntuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.[16]
Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek.[17]Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya.[18] Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan.[19] Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia[20], sehingga beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.[21]

[sunting]2008: Olimpik

Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing
Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun.[22]diikuti Terbuka Singapura,[23] Terbuka Korea (perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik)[24] Terbuka All England,[25] Terbuka Switzerland,[26] Kejohanan Badminton Asia,[27] dan juga Piala Thomas di JakartaIndonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika melawan jaura bertahan dari China. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.[28]
Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua,Kęstutis Navickas di pusingan ketiga,[29] dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir,[30] sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan akhir.[31] Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21.[32] Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008.[33] Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[34]
Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari Jerman.[35] Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah",[36] di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun Sidek).[37]
Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek.[38] Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.[39]

[sunting]2009

Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima,[40] tetapi gagal merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara ke pusingan akhir.[41][42] Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya.[43] Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka India.[44] Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak berwajib agar memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia.[45] Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan.[46]Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,[47] dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold,[48] biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.[49]
Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008.[50] Beliau pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo[51] sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan September.[52]
Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di HyderabadIndia dengan cita-cita merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir.[53]Setelah berehat selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin Dan di suku akhir[54]; diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan Simon Santoso[55]. Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi Terbuka Denmark[56] dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka Hong Kong pada 15 November[57], tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka China tiga hari kemudian[58]. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo menjuarai perseorangan wanita.[59] Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih demi menyembuhkan kecederaan lutut yang dialaminya itu.[60][61]

[sunting]2010

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka Korea[62] dan Terbuka Malaysia[63] (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh[64] menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.[65]
Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun.[66] Di separuh akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir.[67] Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.[68]
Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku akhir.[69] Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia,[70] Terbuka Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai,[71] dan Terbuka Macau pada bulan Ogos.[72] Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir.[73] Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas pusingan ketiga.[74] Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun.[75]
Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan.[76] Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir.[77] Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut[78], dan gelaran Super Series Master Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.[79]

[sunting]2011

Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh,[80] tetapi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, yang menjadi kejohanan sejuta dolar terulung dalam sukan badminton, setelah kecundang di tangan Lin Dan lagi.[81] Pada Mac, Lee mudah melangkah ke peringat akhir Terbuka All England buat kali ketiga berturut-turut lantas mempertahankan kejuarannya dengan kemenangan straight set ke atas Lin Dan, lalu mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.[82]Lee Chong Wei kemudiannya memenangi kejohanan super series India pertama buat dirinya. Dia juga telah menyertai skuad badminton kebangsaan Malaysia untuk beraksi di Sudirman cup, tetapi gagal ke separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada Korea.
Pada 1 Mei, Lee Chong Wei julung kali menjuarai Terbuka India,[83] diikuti oleh kejuaraan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia seminggu kemudian.[84] Walaupun Lee memenangi semua perlawanannya dalam Piala Sudirman, namun perjuangan Malaysia berakhir di suku akhir setelah ditumpaskan oleh Korea Selatan 2–3.[85][86][87] Pada lewat bulan Jun, beliau menjuaraiTerbuka Indonesia, sekaligus menjadi pemain bukan Indonesia pertama yang membuat hatrik dalam kejohanan itu.[88]